Kelas Softskill: Kemahiran Asas Membuat Air Batu Campur
7 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 6 Mei 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Bra’ang Bayur telah mengadakan Kelas Softskill iaitu Kemahiran Asas membuat Air Batu Campur pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang yang disertai oleh 3 orang peserta. Kelas ini memberi pendedahan kepada kanak-kanak cara penyediaan asas membuat air minuman agar dapat dipraktikan pada masa akan datang. Kami juga menerapan ciri-ciri keselamatan ketika masak serta etika penyediaan makanan. Selain itu juga dapat meningkatkan kemahiran praktikal peserta dan mendorong kreativiti dalam menghasilkan sesuatu aktiviti.
Tambahan pula, kami dedahan modul KDB: mobile e-waste iaitu tanggungjawab para pengguna gejet untuk pengitaran semula sisa elektronik mereka. Sisa-sisa elektronik boleh dibuang ke dalam kotak yang disediakan oleh pihak MCMC yang terdapat di Pusat-pusat internet berdekatan.
Kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: